QR Code
https://pantun.melaka.gov.my
Selamat datang ke Gerbang Pantun Melaka
Sabtu, 10 Mei 2025   |   LOG MASUK
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pantun Melaka

Sabtu, 10 Mei 2025   |   LOG MASUK
  • Utama
  • Koleksi Pantun
  • Objektif
  • Jenis
  • Kaedah Penulisan
  • Galeri
    • Video
    • Gambar
    • Muat Turun
    • Keputusan
  • Hubungi
  • Utama
  • Koleksi Pantun
  • Objektif
  • Jenis
  • Kaedah Penulisan
  • Galeri
    • Video
    • Gambar
    • Muat Turun
    • Keputusan
  • Hubungi

  • Utama
  • Koleksi Pantun
  • Objektif
  • Jenis
  • Kaedah Penulisan
  • Galeri
    • Video
    • Gambar
    • Muat Turun
    • Keputusan
  • Hubungi


  • You are here:  
  • Laman Utama
  • Galeri
  • Keputusan
  • Keputusan Pertandingan 1 Kampung 1 Pantun (1K1P)

Keputusan Pertandingan 1 Kampung 1 Pantun (1K1P)

Cetusan ilham rasa daripada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab bin Yusoh, demi memartabatkan seni budaya dalam negeri Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah menganjurkankan Pertandingan Penulisan 1 Kampung 1 Pantun (1K1P) yang melibatkan hamper 701 kampung dalam Negeri Melaka.

Program ini bermula pada 13 September 2023 sehingga 30 November 2023, dan majlis penyampaian hadiah telah dilaksanakan bersempena Program Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Melaka Peringkat Parlimen Masjid Tanah Tahun 2023 pada 14 Disember 2023 yang lalu di Kompleks Sukan Masjid Tanah.

Pemenang-pemenang pertandingan ini seperti berikut :

 

PEMENANG UTAMA KATEGORI NEGERI MELAKA

NAMA

PANTUN

MUHAMMAD ANUAR BIN YAACOB

Pantun Seloka Penuh Ibrah,
Adat Sanjungan Takkan Hilang;
Melawat Melaka Penuh Sejarah,
Manis Kenangan Dibawa Pulang.

PEMENANG KATEGORI NEGERI MELAKA (MBMB)

NAMA

PANTUN

MUHAMMAD ANUAR BIN YAACOB

Pantun Seloka Penuh Ibrah,
Adat Sanjungan Takkan Hilang;
Melawat Melaka Penuh  Sejarah,
Manis Kenangan Dibawa Pulang.

PEMENANG KATEGORI NEGERI MELAKA (MPAG)

NAMA

PANTUN

AFIZAL BIN ABD GHANI

Pepohon Rendang Lebat Berbuah,
Ronanya Merah Indah Kurnia;
Jemput Bertandang Ke Bumi Hang Tuah,
Gerbang Sejarah Menggamit Dunia.

PEMENANG KATEGORI NEGERI MELAKA (MPJ)

NAMA

PANTUN

ZAHARAH BINTI A. BAKAR

Selat Melaka Laluan Saudagar,
Selat Merangkum Barat Dan Timur;
Nama Melaka Indah Dan Bugar,
Berbilang Kaum Hidup Makmur.

PEMENANG KATEGORI NEGERI MELAKA (MPHTJ)

NAMA

PANTUN

SUHAIDA BINTI SHAMSUDIN

Pohon Kesidang Redup Belaka,
Bersandar Tuah Melepas Lelah;
Selamat Bertandang Ke Negeri Melaka,
Unsur Sejarah Bijak Diolah.

PEMENANG PERINGKAT DAERAH (MELAKA TENGAH)-PANTUN KAMPUNG

TEMPAT PERTAMA

NAMA

PANTUN

ASBULLAH BIN SIDEK

Badai Gelombang Petang Hari,
Haluan Ke Tanjung Tepian Laut;
Pantai Rombang Pantai Puteri ,
Tumpuan Pengunjung Hati Terpaut.

TEMPAT KEDUA

NAMA

PANTUN

SUHAIDA BINTI SHAMSUDIN

Ditemu Batil Emas Di Puncak,
Dibawa Demang Kampung Dituju;
Bukit Katil Semakin Rancak,
Lokasi Memang Meningkat Maju.

TEMPAT KETIGA

NAMA

PANTUN

SURINA BINTI NORDIN

Pisang Salai Masak Di Hujung,
Sedap Dirasa Terbuka Selera;
Baruh Alai Menggamit Pelancong,
Inap Desa Layanannya Mesra.

PEMENANG PERINGKAT DAERAH (ALOR GAJAH)-PANTUN KAMPUNG

TEMPAT PERTAMA

NAMA

PANTUN

AHMAD FIKRI BIN AB RAHMAN

Kalau Menatang Sirih Junjung,
Mestilah Bawa Tepak Suasa;
Kalau Datang Ke Seri Tanjung,
Belilah Juga Barangan Desa.

TEMPAT KEDUA

NAMA

PANTUN

BASRI BIN MUSA

Durian Kampung Pokoknya Tinggi,
Enak Dimasak Bubur Dan Pengat;
Seharian Berkampung Di Kuala Linggi,
Tidur Tak Nyenyak Teringat-Ingat.

TEMPAT KETIGA

NAMA

PANTUN

MAISARAH BINTI MOKHTAR

Duduk Bersantai Sesama Saudara,
Tikar Dibentang Riang Bercanda;
Tenangnya Pantai Tanjung Bidara,
Jemputlah Datang Rehatkan Minda.

PEMENANG PERINGKAT DAERAH (JASIN)-PANTUN KAMPUNG

TEMPAT PERTAMA

NAMA

PANTUN

NUR ATIQAH BINTI ABDULLAH

Terumbang-Ambing Perahu Di Tanjung,
Laut Berombak Nelayan Gundah;
Pantai Siring Pilihan Pengunjung,
Makanan Enak Pemandangan Indah.

TEMPAT KEDUA

NAMA

PANTUN

RAMZI BIN AYUB

Ayer Kangkong Banyak Buah,
Pokok Berbaja Penyubur Bumi;
Satu Kampung Berasa Bertuah,
Tuan Teruja Ke Kampung Kami.

TEMPAT KETIGA

NAMA

PANTUN

MOHD RAFI BIN GHAZALI

Berlari-Lari Si Anak Angsa,
Lari Sepasang Mencari Toman;
Walaupun Terdiri Pelbagai Bangsa,
Seri Kesang Hidupnya Aman.

 

Details
Published: 25 January 2024
Hits: 0
  • You are here:  
  • Laman Utama
  • Galeri
  • Keputusan
  • Keputusan Pertandingan 1 Kampung 1 Pantun (1K1P)

Keputusan Pertandingan 1 Kampung 1 Pantun (1K1P)

Cetusan ilham rasa daripada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab bin Yusoh, demi memartabatkan seni budaya dalam negeri Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah menganjurkankan Pertandingan Penulisan 1 Kampung 1 Pantun (1K1P) yang melibatkan hamper 701 kampung dalam Negeri Melaka.

Program ini bermula pada 13 September 2023 sehingga 30 November 2023, dan majlis penyampaian hadiah telah dilaksanakan bersempena Program Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Melaka Peringkat Parlimen Masjid Tanah Tahun 2023 pada 14 Disember 2023 yang lalu di Kompleks Sukan Masjid Tanah.

Pemenang-pemenang pertandingan ini seperti berikut :

 

PEMENANG UTAMA KATEGORI NEGERI MELAKA

NAMA

PANTUN

MUHAMMAD ANUAR BIN YAACOB

Pantun Seloka Penuh Ibrah,
Adat Sanjungan Takkan Hilang;
Melawat Melaka Penuh Sejarah,
Manis Kenangan Dibawa Pulang.

PEMENANG KATEGORI NEGERI MELAKA (MBMB)

NAMA

PANTUN

MUHAMMAD ANUAR BIN YAACOB

Pantun Seloka Penuh Ibrah,
Adat Sanjungan Takkan Hilang;
Melawat Melaka Penuh  Sejarah,
Manis Kenangan Dibawa Pulang.

PEMENANG KATEGORI NEGERI MELAKA (MPAG)

NAMA

PANTUN

AFIZAL BIN ABD GHANI

Pepohon Rendang Lebat Berbuah,
Ronanya Merah Indah Kurnia;
Jemput Bertandang Ke Bumi Hang Tuah,
Gerbang Sejarah Menggamit Dunia.

PEMENANG KATEGORI NEGERI MELAKA (MPJ)

NAMA

PANTUN

ZAHARAH BINTI A. BAKAR

Selat Melaka Laluan Saudagar,
Selat Merangkum Barat Dan Timur;
Nama Melaka Indah Dan Bugar,
Berbilang Kaum Hidup Makmur.

PEMENANG KATEGORI NEGERI MELAKA (MPHTJ)

NAMA

PANTUN

SUHAIDA BINTI SHAMSUDIN

Pohon Kesidang Redup Belaka,
Bersandar Tuah Melepas Lelah;
Selamat Bertandang Ke Negeri Melaka,
Unsur Sejarah Bijak Diolah.

PEMENANG PERINGKAT DAERAH (MELAKA TENGAH)-PANTUN KAMPUNG

TEMPAT PERTAMA

NAMA

PANTUN

ASBULLAH BIN SIDEK

Badai Gelombang Petang Hari,
Haluan Ke Tanjung Tepian Laut;
Pantai Rombang Pantai Puteri ,
Tumpuan Pengunjung Hati Terpaut.

TEMPAT KEDUA

NAMA

PANTUN

SUHAIDA BINTI SHAMSUDIN

Ditemu Batil Emas Di Puncak,
Dibawa Demang Kampung Dituju;
Bukit Katil Semakin Rancak,
Lokasi Memang Meningkat Maju.

TEMPAT KETIGA

NAMA

PANTUN

SURINA BINTI NORDIN

Pisang Salai Masak Di Hujung,
Sedap Dirasa Terbuka Selera;
Baruh Alai Menggamit Pelancong,
Inap Desa Layanannya Mesra.

PEMENANG PERINGKAT DAERAH (ALOR GAJAH)-PANTUN KAMPUNG

TEMPAT PERTAMA

NAMA

PANTUN

AHMAD FIKRI BIN AB RAHMAN

Kalau Menatang Sirih Junjung,
Mestilah Bawa Tepak Suasa;
Kalau Datang Ke Seri Tanjung,
Belilah Juga Barangan Desa.

TEMPAT KEDUA

NAMA

PANTUN

BASRI BIN MUSA

Durian Kampung Pokoknya Tinggi,
Enak Dimasak Bubur Dan Pengat;
Seharian Berkampung Di Kuala Linggi,
Tidur Tak Nyenyak Teringat-Ingat.

TEMPAT KETIGA

NAMA

PANTUN

MAISARAH BINTI MOKHTAR

Duduk Bersantai Sesama Saudara,
Tikar Dibentang Riang Bercanda;
Tenangnya Pantai Tanjung Bidara,
Jemputlah Datang Rehatkan Minda.

PEMENANG PERINGKAT DAERAH (JASIN)-PANTUN KAMPUNG

TEMPAT PERTAMA

NAMA

PANTUN

NUR ATIQAH BINTI ABDULLAH

Terumbang-Ambing Perahu Di Tanjung,
Laut Berombak Nelayan Gundah;
Pantai Siring Pilihan Pengunjung,
Makanan Enak Pemandangan Indah.

TEMPAT KEDUA

NAMA

PANTUN

RAMZI BIN AYUB

Ayer Kangkong Banyak Buah,
Pokok Berbaja Penyubur Bumi;
Satu Kampung Berasa Bertuah,
Tuan Teruja Ke Kampung Kami.

TEMPAT KETIGA

NAMA

PANTUN

MOHD RAFI BIN GHAZALI

Berlari-Lari Si Anak Angsa,
Lari Sepasang Mencari Toman;
Walaupun Terdiri Pelbagai Bangsa,
Seri Kesang Hidupnya Aman.

 

Details
Published: 25 January 2024
Hits: 0
QR Code
QR Code
Gerbang Pantun Melaka - Dibangunkan Oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, JKMM.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome, Firefox, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024.
Hak Cipta Terpelihara © 2023 Kerajaan Negeri Melaka.


  • Tarikh Kemaskini: 25 January 2024 
Gerbang Pantun Melaka - Dibangunkan Oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, JKMM.

Paparan terbaik menggunakan pelayar Chrome, Firefox, Internet Explorer 7.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024.
Hak Cipta Terpelihara © 2023 Kerajaan Negeri Melaka.


  • Tarikh Kemaskini: 25 January 2024